20101127

MAHA Antarabangsa 2010 @ MAEPS 26 Nov - 5 Dis 2010 (10 pg - 10 mlm)

Walit World Sdn Bhd pada tahun ini telah turut serta mengambil bahagian di pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 yang berlangsung di MAEPS, Serdang, mulai 26 Nov sehingga 5 Dis 2010 (10 pagi - 10 malam). Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA, ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia.


Pameran Walit World terletak di Dewan B Booth No. B011 & B028. Sila datang beramai-ramai untuk menyaksi, berinteraksi dan mempelajari sendiri peluang-peluang untuk berkecimpung di dalam industri huluan sarang burung walit.


Tiada ulasan: