* Industri Penternakan Burung Layang-layang Walit oleh Walit World Sdn Bhd
20101127
MAHA Antarabangsa 2010 @ MAEPS 26 Nov - 5 Dis 2010 (10 pg - 10 mlm)
Pameran Walit World terletak di Dewan B Booth No. B011 & B028. Sila datang beramai-ramai untuk menyaksi, berinteraksi dan mempelajari sendiri peluang-peluang untuk berkecimpung di dalam industri huluan sarang burung walit.
Bernama TV @ Astro Saluran 502
20101109
Artikel Utusan Malaysia 9 Nov 2009
Walit World bangun industri burung walit
bisnes@utusan.com.my
PORT DICKSON 8 Nov. - Melihat potensi industri burung walit yang dijangka menyumbang sebanyak RM5 bilion kepada pendapatan negara menjelang 2015, Walit World Sdn. Bhd. mengambil inisiatif membangunkan kawasan industri ternakan burung walit di Tanjung Agas, Teluk Kemang.
Melalui projek yang dinamakan Walit World Tanjung Agas Ecopark itu, syarikat tersebut menawarkan peluang perniagaan kepada individu yang berminat untuk membeli hartanah 'rumah burung'.
Pengurus projek, Mohd Nasir Che Fa berkata, hak milik tanah diberikan kepada pemilik rumah burung walit yang dibangunkan secara berpusat di kawasan burung walit di daerah ini.
Menurut beliau, pihaknya menawarkan tapak seluas 2,100 kaki persegi di kawasan tersebut dengan rumah burung setinggi dua setengah tingkat yang bersaiz 20 kaki lebar dan 50 kaki panjang
"Rumah burung walit ini turut dilengkapi peralatan audio terkini untuk memanggil burung tersebut. Harga yang ditawarkan bagi sebuah rumah ialah RM320,000," katanya di sini hari ini.
Beliau menambah, pembangunan kawasan seluas 5.2 hektar itu telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan mendapat sokongan serta khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
"Lokasi ini sangat strategik iaitu dalam kawasan kampung berhampiran pertemuan muara Sungai Linggi dan Selat Melaka serta dikelilingi rimbunan pokok bakau yang sememangnya kaya dengan punca makanan yang sesuai dengan koloni burung walit," katanya.
Mohd Nasir memberitahu, khasiat sarang burung walit ini terbukti sejak dulu lagi yang mampu melancarkan fungsi paru-paru, melancarkan perjalanan darah, menambah daya ketahanan badan, meningkatkan kekuatan jantung dan banyak lagi kebaikan kepada kesihatan manusia.
"Disebabkan oleh khasiat dan nilai perubatannya yang tinggi, sarang burung walit sangat berharga dan mendapat permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa.
"Harga sarang burung walit di pasaran boleh mencecah RM5,000 sekilogram bagi yang belum dibersihkan mengikut gred, dan nilainya akan meningkat sekali ganda apabila memasuki pasaran antarabangsa," katanya.
Beliau menambah, industri ternakan burung walit menjanjikan keuntungan sampingan yang lumayan malah menawarkan cabang perniagaan keluarga yang boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
"Melabur melalui pembelian sebuah rumah burung walit beserta tapak rumah di Walit World Tanjung Agas Ecopark, pasti menjanjikan pulangan modal dan keuntungan yang lumayan," katanya.
Maklumat mengenai Walit World Tanjung Agas Ecopark boleh diperoleh menerusi http://worldofwalit.blogspot.com. atau hubungi:
Amir Hamzah 019 339 6670
Kamal Zakaria 017 643 3497
Norizan 019 662 1732
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1109&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive
20101025
Krew Panorama di Walit World Tg Agas Ecopark
Kehebatan dan keunikan industri penternakan burung walit telah menarik minat krew Panorama RTM untuk membuat penggambaran dan liputan tentangnya di Walit World Tg Agas Ecopark. Nantikan siarannya di slot Panorama RTM1 dan saksikan dahulu pro tonton beberapa snap penggambaran.
Ketahui kehebatan industri burung walit yang memberi pulangan lumayan, pasif dan berpanjangan. Miliki rumah burung walit anda di Walit World Tg Agas Ecopark yang akan diurus-selia secara profesional. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.
Amir Hamzah 019 339 6670
Norizan Rahman 019 662 1732
Kamal Zakaria 017 643 3497
20101015
Walit World Majukan Kawasan Industri Burung Walit
20100701
Projek Berjalan Lancar. Kluster 1 beroperasi sepenuhnya. Kluster 2 sedang rancak dalam pembinaan.
KLUSTER 2
Rumah A, B, C dan D Kluster 2.
Kerja - kerja pembinaan 'concrete slab' aras bawah dan 'concrete column' aras 1 sedang dijalankan. Pembinaan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya November 2010.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki rumah - rumah burung walit di Walit World Tg Agas Ekopark ini. Pakej Pinjaman Agrobank khusus untuk industri walit disediakan bagi yang layak.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut & tempahan:-
Amir Hamzah 019 339 6670
Kamal Zakariah 017 643 3497
Norizan 019 662 1732
20100422
Kluster 1, 95% Siap. Beroperasi sepenuhnya pada Mei 2010. Kluster 2, pembinaan telah bermula.
-------------------------
Rumah C & D, Kluster 1.
Kesemua kerja - kerja luaran & dalaman telah siap. Pemasangan kayu - kayu pembinaan sarang, sistem bunyi serta pintu keselamatan dijangka siap pada awal Mei 2010.
Rumah A & B, Kluster 1.
Rumah A telah beroperasi lebih 6 bulan & perkembangannya amat positif dengan memiliki sejumlah sarang serta populasi burung yang meyakinkan. Rumah B telah siap sepenuhnya. Pemasangan kayu pembinaan sarang, sistem bunyi & pintu keselamatan akan dilakukan dalam waktu terdekat serta dijangka beroperasi pada Mei 2010.
Rumah A,B,C dan D, Kluster 2.
Kerja - kerja menanam cerucuk untuk Rumah A, B, C & D bagi kluster 2 telah sempurna dilakukan. Pembinaan seterusnya dijangka bermula pada bulan Mei. Rumah dijadualkan siap dalam tempoh 6 bulan.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki Rumah Burung Walit dan mulakan langkah untuk menjadi jutawan.
Hubungi;
Amir 019 339 6670
Kamal 017 643 3497
Norizan 019 662 1732
20100202
Kalau tidak sekarang, bila lagi?
Anda harus tahu rahsia ini. Kalau tidak sekarang bila lagi. Rakan - rakan kita di kalangan masyarakat china telah lama mengecapi pulangan lumayan yang pasif dan berterusan, hasil anugerah dari langit ini.
Sertai seminar "Potensi Industri Ternakan Burung Walit & Peluang Memiliki Rumah Burung Walit secara Perkongsian di Walit World Ecopark" dan anda akan tahu rahsianya. Bertindaklah sekarang.
Jadual Seminar Jun/July 2010
06 Jun - Hotel Quality, Jalan Raja Laut, KUALA LUMPUR
20 Jun - Hotel Vistana, Kuantan PAHANG
27 Jun - Hotel Selesa, Johor Bharu, JOHOR
04 Julai - Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, PULAU PINANG
Hubungi kami untuk pengesahan tempat anda:-
Amir Hamzah 019 339 6670
Kamal Zakariah 017 643 3497
Norizan Rahman 019 662 1732
20100101
Projek Berjalan Lancar - Mendahului Jadual
Pandangan jauh Rumah Burung Walit Kluster 1 (Unit A - D). Kelihatan persekitaran makro habitat yang ideal yang kaya dengan sumber makanan burung walit ie hutan bakau, bersebelahan muara Sungai Linggi dan pantai.
Rumah Burung Walit Kluster 1, Unit A & B:
a) Unit A sudah beroperasi hampir 6 bulan dan telahpun mempunyai jumlah sarang yang memberangsangkan.
b) Unit B dijangka akan mula beroperasi pada hujung Januari/awal Februari 2010
c) Unit C kelihatan dibelakang unit A
Rumah Burung Walit Kluster 1, Unit C & D:
Unit C & D terletak dibelakang unit A & B. Kelihatan kerja - kerja pembinaan 'concrete slap' aras 1 telah lengkap & disusuli dengan pembinaan aras 2. Unit C & D dijangka siap pada Mac dan beroperasi pada April 2010.
Kluster 2 kini dibuka untuk pemilikan secara perkongsian.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:-
Amir Hamzah - 019 339 6670
Norizan - 013 624 1618